❤my lovers❤

Broga Hill, Semenyih


Entry kali ni cik wanie nak share first experience hiking bukit broga . .
alahai. . baru first time ke kak? Orang lain da naik bosan pergi sana. .
Nak buat cam mana dik. . Hakak plan dari zaman batu lagi nak pergi . . tapi zaman emas ni baru dapat pergi. . hakak redho jela. .

Okay. . Broga hills is located at Semenyih . .
Guna waze je. . confirm ado. .*hakak pun guna waze je. . semua hanya di hujung jari ^-*v
Dari tepi jalan akan ada signboard broga hills. . 
jangan terkejut kalau korang tengok estet kat arrow dia tunjuk tuh. .
Memang disitulah jalannya. .
Parking kat antara2 pokok kelapa sawit tuh. . nanti akan ada penunggu bagi tiket carpark rm2. .

Dipendekkan cerita :
Masa diambil mendaki dari bawah ke hentian pertama : 45min 
Ada 2 tempat berhenti sebelum ke puncak . .




gambar hakak kat atas ni la view dari hentian pertama. . 
Stamina hakak x tinggi mana.. mengah jugak lah masa nak naik ni siap 2x berhenti lagi ambil nafas kununnya. .


nie hentian ke 2. .
nah promote skali budak bersweater putih yang kacak begaya idaman malaya. .


Mmg best bila kat atas ni. .
Fresh air. .
Sejuk je. .

Nie bila hakak dah sampai puncak . .
Jangan cakap i tunggu dekat hentian kedua je yer. .
I gigihkan kaki tangan bahu lutut segalanya sampai kat atas ni. .
Dah sampai atas ni. . eh boleh plak ada lebah ke tebuan dok ikut hakak. .
Dia ingat akak bunga kot nak sedut madu. . -.-"


Perjalanan nak turun dari broga ni sedikit challenging la. .
sebab ada kawasan yang agak curam. .
So sila pegang pada tali yang disediakan yer. .
Jangan nak tunjuk kehebatan kuasa naruto korang nak main lompat2 kat stu. . 
Kang ada yang tercium batu lak kang. . hehe

Sesiapa yang ada asma dan sewaktu dengannya dinasihati bawa la inhaler yer. .
hakak yang x de asma ni pun termengah2 -.-"
nampak sangat kurang stamina.. alahai. .

Bawa lah air untuk recover balik peluh2 yang dah keluar semasa mendaki tuh. .
yang paling penting bawa phone ataupun kamera untuk snap moment korang kat atas tuh. .
memang cantik. . siapa yang berkesempatan tgok sunrise tuh mmg bertuah la. .
Hakak sampai lambat. . so sunrise atas jalan sahaja.. hehe

So thats all from now. . 
Nanti cik wanie share lagi apa y patot. .
Follow ig/twitter cik wanie : @wanie_redzmann (lagi suka upload pic dari beceloteh)
take care dan salam ramadhan . .



First Post On 2015 . .


Hye ebelybady. .
Dah lama cik wanie tak berceloteh dan siyesly redzwanieredzmann.blogspot.com ni bukan je dah bersawang tapi habuk dah setebal 5 inci akibat diabaikan oleh tuan tanah. .
Pity you dear. .

Blogger like me memang tak kan ramai follower pun sebab entry macam chipsmore and yes thats my bad. .

So. . this my first post in 2015 . .
Terlalu banyak benda yang jadi dalam setengah tahun ni . .
Dengan ragam manusia. .
Tapi itulah yang boleh kita jadikan pengalaman dalam hidup dan membuatkan kita lebih matang..
am i right? ^_^

Dulu zaman bebudak remaja (oh my.. im getting old but some people thought i was 21/22 y old *blushing :p)
okay back to the story . . masa zaman bru blogging memang rajin nak update . . 
letak gambar deco2 siap letak reben ikat tepi. . tu dah fikir paling cantik lah tu . .
tapi tuh dlu lah . .
Sekarang cik wanie update simple2 saja. .
hakak da malas nak hedit sana sini kat muka blog hakak ni dek noon. .
^-^'

For the next next update .  . In shaa Allah it's more about my healthy and fitness journey . .
Ramai orang nak tahu macam mana cik wanie yang dulunya 89-90kg boleh menjadi cik wanie 68-70kg . .
So di sini lah cik wanie akan share kan. .

2012 (89-90 kg)



2015 (68-70kg)




trust yourself that you can do it . .
Never give up . .

See you guys on the next entry . . in shaa Allah :)
Salam ramadhan ke 6

MURFEST putrajaya

happy monday guys!

entry kali ni cik wanie nak share sikit aktiviti cik wanie masa hujung minggu baru-baru ni
sebenarnya cik wanie & gegadis di ajak jadi shadower kepada Zin Iskandar y hot!
*ZIN is Zumba Instructor Network - tittle bagi mereka yang ada kelayakan untuk mengajar zumba

Zin iskandar dijemput bagi mempromosikan score fitmob yang akan diadakan di dataran merdeka, Kuala Lumpur.


Sesiapa yang berminat boleh lah mendaftar di www.score.my sebelum 30 november 2014

ada 15 orang ZINs yang akan lead zumba on that event..
and one of them is our hottest ZIN iskandar wiwittt... ^_^

zin iskandar

disebabkan mempromosikan event ni la kami berada di pullman,putrajaya sabtu lepas.
ada bermacam aktiviti2 yang berkaitan kesihatan diadakan di MURFEST dan semuanya menarik.

our zin choose balans & bailando songs to perform and yes we did it even got some lack of movement. it's normal yaw..
with the awesome crowds, we had so much fun!
we glad to have this opportunity and thanks to zin iskandar for giving this opportunity to us..

so here a few photo of us on that event day..



sugarbabes! - shadower 

Zumba familia..


blue team vs red team

disebabkan crowd yang awesome dan seronok beronok ronok masa tu..
organizer menjemput lagi untuk majlis Urbanite pada malam tu..
zumba akan dipersembahkan sebelum perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin.

here we are! pic with the gorgeous host aishah sinclair!

i will update more bout my activities..
how im diet.. what kind of exercise im doing ..
stay tuned guys..









Redzwanie Redzmann is back!


Redzwanie Redzmann is back!
back in blogging..!
harap tuan tanah blog ni gigih update dan share info-info berguna kepada pembaca blog usang ni..
(ada lagi ke pembaca since dari januari 2013 cik tuan tanah tak update blog.. hurm!)

jadi untuk opening sempena cik tuan tanah kembali berblog..
cik tuan tanah nak share perubahan cik tuan tanah sepanjang x berblog..!

.

.

.

.

.

.

.

.

.





percaya atau tak?

nanti cik tuan tanah share tips2 dan apa yang cik tuan tanah amalkan untuk jadi macam sekarang..


usaha tangga kejayaan..
^-^


burger bakar kaw kaw


malam sabtu lepas cik wanie da kene meroyan...
meroyan nak makan burger bakar..
pergi taman dagang pukul 1pagi semata demi burger bakar..
tapi x de..
so terpaksa g melawati cari burger bakar..

nasib la burger bakar kaw2 ade masa memalam tu..
tu pon da nak tutup da..
dapat no ke 365..
bayangkan brapa ramai customer dorg hari tu...

hebat2...
masa cik wanie sampai sana..
xde tempat duduk kosong..
jadi cik wanie n sorg kawan cik wanie g amek air..
dan lagi sorg serta adik dye cari seat..
nasib la ada...

dapat je seat..
kami pot pet pot pet sampai x sedar org makin berkurang..
staff dye pon da kemas tempat duduk..
tp still x smpi2 burger cik wanie..

lepas 10min..
burger sampai!
yeay!
meh jamu mata dgn burger cik wanie..hehehhe


yummyyyy!

ok..da lewat nak g class..
bubuye :D

alhamdulillah

alhamdulillah..

tak sangka dapat handle beberapa situasi dengan jayanya..
assignment current issues da siap..
siap print lagi.. yeay! i did it!
pastu assignment seminar pon da pass kat kawan utk gabungkan..
yeay! bejaya lagi..

cuma..

esok ada exam istimewa utk cik wanie..
semoga Allah permudahkan semuanya..

amat mengharapkan doa kalian juga..
doakan cik wanie  ye..


#maaf tiada pic untuk entry ni dan entry lepas..
:)

harapan palsu???

entry kali nie berbau haruman sedih..
sila SEDIH..

harapan palsu...
i hate dis word n feeling..

bila someone suka kita...
dia akan keluarkan ayat yang manis..
bagi harapan itu ini..
but last2.. dia akan tinggalkan kita macam tu je..

tu sebelum kita ada apa2 hubungan lagi..
bayangkan kalau kita dah serious dalam hubungan..
bagi taw parents pasal kewujudan dia..
alih alih dia tipu kita..

its sad..

thats why cik wanie prefer single je..
malas dah nak ada feeling2..
bia la feeling tu lari jauh2 and wujud bila sampai masanya..

umur 23 dan akan mencecah 24 tahun depan..
rasanya masih muda nak bercinta..

ok sedih..
x nak cite pe dah...
pressure study x habis lagi,,tambah dengan masalah harapan palsu nie plak..
aiyaaa kehidupan

chill wanie chill :)
assalamualaikum 

#entry nie lebih kepada luahan perasaan since cik wanie x de diary utk luahkan :)

Gaya Sulaman Manik


entry kali nie cik wanie nak berkongsi buku panduan menjahit manik bagi mereka yang berminat.
cik wanie buat entry nie khas utk cik adik sabella..

ok..
cik wanie pun baru belajar nak jahit manik..
sebab klo tempah kat org..
memang antara rm50-rm100 sepasang..

faham2 jela cik wanie nie belajar lagi..
mana mampu nak bayar mahal2 untuk jahit manik sahaja..

kalau jahit manik sendiri..
save sikit duit..
manik 1paket paling mahal pun rm5..
banyak juga..
jadi baik la merajinkan diri menjahit manik kan..
dapat pengalaman dan skill juga...

nie la buku y cik wanie beli untuk memulakan minat menjahit manik cik wanie nie..




harga buku nie rm17.50 kalau x silap cik wanie :)

selamat mencuba semua :)

minat baru cik wanie???


apa khabar semua..
cik wanie taw... 
blog cik wanie dah x semeriah dahulu..
cik wanie nak blogwalking pon x de masa..
nak wat camne..
sebagai pelajar sepenuh masa..
cik wanie perlu beri sepenuh komitmen pada belajar.
lagi2 sekarang cik wanie di tahun akhir..
kena fokus lebih pada pelajaran..
subjek makin tough...
ok stop jap sal blaja..
xnak pikir sgt..hehehe

okeh guys..
cik wanie ade minat baru iaitu menjahit manik..

slalu tgok manik2 kat baju rasa sangat cantik..
n terlintas difikiran mesti susah nak jahit..
tapi bila dah beli buku jahitan tu..
dan cik wanie try jahit sndr..
alhamdulillah..
ianya x lah sesusah mana pon..
senang je..

nie la hasil jahitan manik cik wanie :)


amacam?
ada tokoh nak wat jahitan x?hehehe

kita jmpe di next entry ok kenkwn..

sila tinggalkan jejak anda supaya sy dapat menjejaki anda semula n follow awk :)

photoshoot after wedding?

apa khabar semua.. 
cik wanie sihat alhamdulillah..

cik wanie nak berkongsi dengan semua majlis perkahwinan y cik wanie ada attend last week..
sangat awesome bila rombongan pengantin di arak dengan geng2 scrambler...
sangat cool n terasa cik wanie nak kahwin cepat2 supaya dapat pengalaman macam tu jugak..
aiceh.. berangan saya memang suka ! :p


selepas majlis perkahwinan tuh..
cik wanie dan kawan2 baik merangkap girlfrens cik wanie pergi ke suatu tasik y sangat cantk pemandangan dia..
tapi sayang...cik wanie lupa bawa baby black cik wanie iaitu SLR canon cik wanie
jadi cik wanie hanya gunakan baby apple iaitu ipad cik wanie utk menangkap memori2 kat situ..
ewah!

meh la tgok kami photoshoot berangan x sudah!
macam pre wedding pun ada gak..
tp pegang tangan dgn muhrim ye..
x batal air wuduk n x haram!
hehehe

kami x rancang nak pakai sama warna..
:)
she's farra

 i love her so much..
my bestfren :)
she's ezueen

aksi tahan panas disitu..hahaha

ada banyak lagi gambar2.. tp  disebabkan incik lappy ngengade n cik berukband juga x nak bekerjasama..
kita stop takat nie dlu..
ada masa.. kita sambung..

jaga diri n jaga ati semua..
wasalam :)


harimau malaya beraksi =)


nie express entry..
cik wanie nak cakap yang menonton bola secara live di stadium sangat berbeza feeling dye bila kita menonton di depan tv..
sangat cool n awesome bila kita dapat bersorak..menyanyi untuk memberi semangat kepada skuad harimau malaya.
cik wanie x sangka rakyat malaysia sanggup turun penuh stadium untuk menyokong harimau malaya..

penyokong harimau malaya 80 peratus d stadium..

sangat ramai orang sampai masa nak balik tu terpaksa berhimpit nak msuk ke stesen LRT..
almost 1 hour la cik wanie nak tunggu turn dapat masuk..
sampai bengkok pagar lrt tu dorang kejekan sebab pihak lrt sekat pintu masuk

memang nasib la.. sapa suh tutup.. orang ramai.. memang dorang bikin gegar la kan..

nie antara gambar2 yang sempat cik wanie rakamkan..


nie view dari tempat duduk cik wanie


saat mengembirakan.. 2-0


yeah! my geng! 
harimau malaya!

semoga harimau malaya dapat ke final..
cik wanie x nak lepaskan peluang g menyokong harimau malaya lagi..
semangat! =)

smoga bertemu di next entry.. assalamualaikum =)


Happy birthday rafidi!

Apa khabar semua..
Cik wanie sekarang update guna tab je..
Kononnya nak aktif berblog semula..tapi tengok la macam mana kan..
Almaklom la..pelajar tahun akhir..
Banyak projek..
Eh... Pasal projek n tugasan tu..
Cik wanie akam ceritakan pada entry yang lain..
Entry kali ni cik wanie wat khas untuk kawan kelas cik wanie..
Incik apidi..
Happy birthday kawan!
Dia nie classmate cik wanie dari sem 3 lagi..
Sangat awesome..
Jadi kami telah buat 1 suprise yang dia sendiri x sangka..
Kami buat dia marah..
Kami beli kek ..baloon..
Dan yang paling best ialah acara baling tepung...
Jom tengok gambar2 masa kejadian... :) 


sekian saja dr cik wanie :)

2minggu setelah cuti sem bermula part 2


hai.. cuti sem y awesome di sambung pula dengan pulang ke kampung menemani adik spupu y comei :)

x sangka naik bas pulang ke sungai petani kedah akan mengambil masa sehingga 7jam..
slalunya naik kereta x sampai 5 jam..
sakit pinggang habaq ang..

masa pulang 3hari..
macam2 mall kami pergi kat sungai petani tuh..
dan.. adik spupu kesayangan cik wanie dapat polaroid dr abg dia..
cantek sangat gambar dia.. 
x percaya..
ini buktinya...

nie masa nak bli polaroid

nie la baby polaroid 



disebabkan adik kesyangan nak take pic besama polaroid..
cik wanie pon menggunakan baby black utk snap all those pic..

meh tgok pic cik wanie beposing..hahaha





cukup lah takat nie...
pic di atas suma cik wanie x edit..malas...hehehe

next entry tentang hari lahir cik wanie pada 4 hb nov yang bru lepas...
 =)
thanks read..
tinggalkan jejak untuk cik wanie bw n follow kalian..
terima kasih ;)


Hak Milik Terpelihara Cik Tuan Tanah