❤my lovers❤

hebatnya ia...subhanallah~!

Assalamualaikum sume..ngee~~

sebagai se0wg umat islam..
kita wajib mempercayai adanya yg maha kuasa...
dan segala ayat2 yg diturunkan olehNYA amat berguna buat hamba2 NYA...
contohnya AYAT KURSI...
besar sgguh fadhilat AYAT KURSI nie..
kali ni aq nk share la ngn k0wg tentang fadhilat2 AYAT KURSI nie.... =)


kl0 kat wikipedia p0wn k0wg akn dpt seperti di bwh nie...

Ayatul kursi (Arabآية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

kl0 masih x pecaye..sila klik ini ----> AYAT KURSI

Ayat kursi.png

bagi mereka yg x boleh membaca jawi...nie dalam rumi :-



Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem 


dan ini adalah maksud nya :-


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).








Fadhilat Ayat Kursi:
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang  yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya  yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana  alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau  membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya
Ingatan ini adalah untuk diri aku juga, sesungguhnya aku ni bukanlah sempurna, hanya ingin mengingatkan sesama kita. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku, dan yang baik-baik itu datangnya dari Allah s.w.t.

inf0 diper0lehi dr:-
(= wikipedia,inf0 minda =)

No comments:

Hak Milik Terpelihara Cik Tuan Tanah