❤my lovers❤

ikut adat atau trend...?

assalamualaikum dan selamat pagi~!
lepas da puas melepaskan geram di entry yang lepas..(even x semua geram dilepaskan)
cik wanie nak tanya pembaca bl0g baby blue cik wanie la kan...
bertunang tuh ikut adat ke trend ke agama...?

amek dr en g0ogle


bertunang atau khitbah di dalam bahasa arabnya mempunyai banyak maksud...
seperti :


"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu. 

banyak kan ..?
tapi maksudnya tetap sama kan...?

mahu taw lebih lanjut tentang tunang...boleh klik ini -->>(^.^)

0keh...anda da taw apa itu TUNANG kan..
sekarang kita tengok plak mengikutkan adat ye..

nie apa yang cik wanie taw la yer...
cik wanie ulang...apa yang cik wanie taw yer...

mengikut adat orang melayu..
ketika majlis pertunangan dijalankan..
hanya pihak lelaki sperti ibu,bapa,adik bradik dan saudara mara si lelaki je yang sepatutnya datang kan..?
si lelaki sepatutnya tidak perlu berada di majlis berkenaan apetah lagi siap duduk di pelamin sperti sudah bernikah...(cik wanie taw..bile kapel pun take pic t0gether2 gak...)
tapi bila bertunang nie laen skit..
t0l x...?

tapi trend skrg plak...
si lelaki pasti datang..
siap pakai baju sedondon dengan si gadis lagi..
siap duduk atas pelamin n take pic t0gether2 lagi...
da slalu sangat cik wanie tengok...

amek dr en google..
ini majlis pertunangan yer..
(alamak..elyana gak terkene)

kenapa yeh jadi cam tuh...?
almaklum la..cik wanie lom bertunang lagi...x taw per feeling nye kan..

tapi mama cik wanie da warning awal2...
kata mama "kalau adik nak tunang nanti..jangan gatal2 suh budak laki tuh datang..t mama tetak kaki dye"
hahahhah...lawak t0l la mama nie..
cik wanie p0wn x nak la c lelaki datang tyme tunang..
x suprise la kec0melan cik wanie untuk c lelaki bile nak tawen t an...hahahha
biar dye pat teng0k pic je kan2...

ahhahaha..
tapi apa yang cik wanie tulis n karangkan ini hanya sekadar pendapat cik wanie n ingin bertanya pendapat kalian juga..
tiada kene mengene yang masih hidup ataupun yang telah tiada...
=)

jadi...apa pilihan anda..?
mau ikut adat atau trend?


p/s:yeay~!cik wanie da berjaya kurangkan keberatan blog nie dr 204.46 kb kepada 169.03kb..

2 comments:

zati embong said...

my mum pun cakap tunang nnt xpayah nk bt grand2,nak hantaran2..just bawak cincin n kenal2 family jer..huhu

redzwanie redzmann said...

mum u jenis simple...
kit0wg kne de majlis gak sb sedara rmi..
t ade plak yg mengata kan..?
almaklom la..aty manusia..ssh t0l nak d puaskan...

Hak Milik Terpelihara Cik Tuan Tanah