❤my lovers❤

[hina islam]pautan entry lepas

assalamualaikum semya...
ag 9 ari nak raya...
hooyeee....=)

pose penuh x?
cik wanie pose penuh ag taw..19 ari yo!
(tp sti sangkut pnye!almaklum la..i kan wanita sejati..wah gitu kan!)

lame x update sampai entry lepas sal hajjah yg hina islam tuh..

gaysec memohon maaf kerana arlene tan tuh bukan hajjah yg dimaksudkan...

ini artikel yang menyatakan gaysec memohon maaf:


Gaysec penggodam meminta maaf kepada Arlene Tan dan mengaku telah tersilap sasaran, mereka mengaku informasi dan maklumat pasal Arlene Tan ialah Makcik Hajjah Sitt tu diambil dari sumber sumber yang tidak tepat atau tidak disemak dulu dan Arlene Tan bukan sasaran sebenar. Patut la Hajjah Makcik Sitt gelak sakan di blog dia sebab Gaysec  dah silap sasaran. Kiranya Hajjah Makcik Sitt masih lagi terlepas dan tidak diketahui identitinya lagi. Makcik Sitt , walaupun masih terlepas di dunia, tapi di akhirat tak akan terlepas.
Terdahulu Gaysec mengeluarkan banyak sumber yang menunjukkan dari mana diambil dan siapa Hajjah Makcik Sitt penghina Islam. Tapi rupanya semua sumber tu tidak sahih.
Arlene Tan yang menjadi sasaran tuduhan telah membuat laporan polis dan menafikan di dalam facebooknya.
Akibat dari kenyataan  Gaysec dan gambar Arlene Tan yang tersebar di internet dan ada jugak yang memaparkan no ic dan alamat Arlen Tan.
Sikit kenyataan dari Gaysec:
GaySec, tersilap sasaran. Bagaimana dengan segala caci maki dan segala penghinaan yang dilakukan oleh orang islam terhadap Nor Arlene Tan? Siapa yang nak menanggung segala dosa itu? GaySec, jangan terlalu takbur dengan ilmu yang anda perolehi.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan ‘populariti’ ataupun untuk mendapatkan ‘duit’. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih ‘popular’ atau ‘dikenali’, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.
itu lah alkisahnya....
tu la kawan2..kalau nak tuduh org tuh..jangan melulu yer..
ag2 dibulan yang mulia nie...aduyai..da  jatuh fitnah da mcm tuh..
kcian cik arlene yg x bersalah tuh...

okeh...untuk itu saja entry kali nie...

psss...psssst...cik wanie bykkkk sangat bende nak share ngan u ols nie...
nantikan taw...=)

love u guys!


1 comment:

zEri sAfEerA said...

ok. org br tau yg pasal silap ni. 2 la lame sgt x bukak blog. hehe :D

Hak Milik Terpelihara Cik Tuan Tanah