assalamualaikum semua..
entry kali nie nak story sal hantu...jin or syaitan..=)
ini kisah benar yang terjadi pada cik wanie sendiri..
cik wanie x menipu..ini terjadi kepada cik wanie n ousemate iaitu cik ayan..
lokasi adalah disebuah pangsapuri berdekatan UITM puncak perdana..(sti korang dapat teka)
blok mane x perlu la diceritakan secara detail..
kejadian berlaku dala lingkungan pukul 3pagi
masa nie cik wanie baru je menyiapkan assigment and nak tido sekejap sebab kelas pkul 9pagi..
dan kawan cik wanie iaitu cik ayan pula membuat assigment..
owh ya..kami tdow di lua ruang tamu kerana x nak menganggu rakan lain di dalam bilik...
ketika cik wanie da terlelap...tiba2 cik wanie dikejutkan oleh kawan cik wanie..
ketika itulah cik wanie terdengar suara wanita menangis...
sebelum cik wanie dikejut..rakan cik wanie cakap da dengar suara tu..
tapi ingatkan hanya bunyi angin yang bertiup dibalik sliding door...
tetapi menjadi lebih pelik kerana..sliding door tetutup rapat tetapi langsir boleh terbang dgn tinggi..
dan rakan cik wanie juga mendengar bunyi sliding door diketuk2 seperti orang yang hendak masuk cepat..
rakan cik wanie mmg berani..dye tetap mengabaikan bunyi itu shingga la laptop dye tibe2 macam nak mati..
ketika itu la dye mengejut cik wanie..
dimasa itula kami mendngar bunyi tapak kaki n tangisan itu...
kami menjadi x tentu hala n menyelubung badan dengan selimut..
cik wanie meminta kawan cik wanie memasang apa2 sahaja surah dilaptop dye..
dye pon dgn kuat semangat memasang surah yassin di laptop..
kemudian "benda" tuh menangis seolah2 marah dengan nada menekannn...kami hanya berdoa n membaca apa sahaja yang terlintas di dalam hati...
dye bukan setakat menangis sahaja...dye mula memainkan pintu...bunyi tarikan pintu membuatkan kami bertmbh seram...di dalam hati meminta Allah tidak menunjukkan rupanya kepada kami...
ketika yassin sedang dipasang..tangisan dye tetap keras didengar..tarikan pintu juga makin cepat..
akhirnya "benda" itu menarikk pintu shingga bunyi "bammm" dengan kuat...
kami ingat mungkin takat itu sahaja..tetapi sangkaan kami meleset pabila pintu itu dimain2kan semula..
cik wanie menguatkan semangat n meminta rakan cik wanie mengambil hp cik wanie yg ada berdekatan dengan dye..
cik wanie terus MSG rakan2 cik wanie didalam bilik..
cik wanie dapat mendengar fon mereka berbunyi..tapi mereka tidak keluar n sedangkan "benda" itu masih memainkan pintu...
kami bertawakal sahaja semoga Allah mengerakkan mereka untuk keluar dari bilik...
akhirnye salah seorang dr mereka keluar dengan terpinga2...
dan bunyi suara tangisan itu hilang serta merta...
bunyi tarikan pintu juga hilang serta merta...
dan azan subuh pon berkumandang..
apa lagi..cik wanie dan cik ayan terus meminta rakan kami yang baru keluar itu berada dengan kami di luar...
kami tidak tidur sehingga pagi n pergi ke kelas dengan lesunye...
pabila pulang dari kelas..barulah kami menceritakan kejadian itu kepada ousemate laen n mereka yang tinggal di dalam bilik yang pintunya dimainkan..
mereka cakap mereka x mendengar sebarang bunyi...n tdow dengan lenanya...
adakah kami berkhayal..?tapi akan berdua skali kene...
dan...yassin yang dipasangkan hanya sekali sahaja dimainkan sedangkan mode di lappy adalah "repeat"..
kami menceritakan kepada rakan diblok ag 1..mereka mengatakan ada juga suara begitu d luar sliding door di tingkat 3 rumah mereka...mereka juga diganggu dlm jam 3...
cik wanie berfikir mungkin ketika itu cik wanie n cik ayan "tidak bersih"..
jadi "benda" itu mengambil kesempatan mengusik kami...
tapi alhamdulillah kami kuat semangat dan x terkena histeria...=)
lusanya..kami terus berpindah rumah...sebab x nak sebarang kejadian yg lebih teruk lagi...
INI KISAH BENAR YG TERJADI PADA CIK WANIE SENDIRI...
tidak tahu lah jika tempat itu "keras" atau apa..
ketika kita solat pon akan kedengaran bunyi duet syiling jatuh n sebagainya...
syaitan memang suka menganggu kan....
hope perkara ini x berulang lagi dalam hidup cik wanie...
ckop la skali yer...dengar suara lagi......
selepas kejadian itu..cik wanie n cik ayan akan mandi berdua...hahahha...
nampak sangat cik wanie penakot kan2...ngee~~
feel free to comment me all..
u hit me..i'll hit u back..=)
4 comments:
aiisshhh, seram jugak
@Cik Zaiey
mmg pon...ag2 wat cik wanie yg penakot..hehehe
oh damn!
seram
mak aih,,, bdiri bulu rome
Post a Comment